Headlines News :
Home » » PAS Makin Tak Waras ?

PAS Makin Tak Waras ?

Written By Voice Rakyat on Ahad, 11 Jun 2017 | 3:50 PTG

Oleh Dr Tanaka Mustafa

PAS ajak umat Islam lawan mubaligh Kristian. Tapi yang dijangka akan bangkit melawan PAS bukan hanya mubaligh Kristian, bahkan umat Kristian, umat Hindu, Buddha dan sebagainya akan bangkit melawan PAS.

Mereka akan bangkit atas nama melawan PAS, bukan melawan Islam. Maka dengan itu, umat Islam berfikrah Liberalis, Sekularis, Nasionalis, Maqasidis, dan seangkatannya akan bersekutu dengan mereka melawan PAS.

Oleh itu jika PAS mahu menang dalam pilihanraya, jangan dilawan mubaligh Kristian atau so called Evangelist. Biarkanlah mereka menjalankan kerja-kerja dakwah mereka. Mereka juga nak berkhidmat untuk tuhan mereka.

PAS nak menang ke tak nak? Kalau taknak menang, tak perlu susah payan masuk pilihanraya. AMANAH pun dah sedia menggalas perjuangan umat Islam melalui politik pilihanraya. Bukankah Islam dah dijanjikan kemenangan, nak takut apa? Biar dapat Putrajaya.

Musuh utama negara bukan Evangelist. Tapi Najib Razak, Umno dan segala baruanya. Itulah punca sebenar keresahan rakyat Malaysia. Rasuah, salahguna kuasa, penindasan ekonomi rakyat, dan sebagainya semakin hari semakin teruk.

Itu pun PAS masih nak main isu Evangelist. Dr Kamarul tu ejen Umno, sengaja timbulkan isu agama sebab sudah dekat pilihanraya. Dulu pun dah banyak kali berlaku. Setiap kali nak pilihanraya, ada isu kalimah Allah. Ada isu Cina nak memerintah. Last sekali BN menang bergaya.

PAS dapat apa? PAS dah lama berjuang. Pemimpin pun dah silih berganti. Ada yang dan pergi abadi, ada yang pergi membawa diri.

Konon yang keluar beramai-ramai itu pembersihan. Sekarang sudah bersih, maka PAS semakin kuat sifirnya. Sampai sudah berani mencabar Kristian Evangelist.

Hakikatnya PAS cari nahas. Tak payah mimpi Putrajaya lah.
Sekian
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Warkah Keramat - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template