Headlines News :
Home » » Hentikan polemik menjual calon PM !

Hentikan polemik menjual calon PM !

Written By Voice Rakyat on Selasa, 6 Jun 2017 | 10:21 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Siapa yang akan diangkat menjadi PM sekiranya HARAPAN menang menjadi persoalan. Ada yang tetap mahukan Anwar Ibrahim menjadi PM dan ada pula Dr Mahathir Mohamad untuk jadi PM sekali lagi.

Apakah dalam Harapan hanya dua tokoh ini sahaja layak untuk jadi PM? Kelayakan itu mungkin dilihat kepada track record mereka dan juga pengalaman luas dalam politik.

Sebenarnya dalam Harapan masih ramai yang berkelayakan untuk diangkat jadi PM. Lebih daripada 10 terbaik berbanding dengan Najib dan Abdullah Badawi. Kalau dari PPBM ada Muhyiddin Yassin, dari Amanah ada Mohamad Sabu, dari DAP sendiri ada Zaid Ibrahim.

Orang2 ini berkelayakan baik dari segi pengalaman, latar belakang pendidikan dan juga sejarah politik. Tetapi tampaknya pihak yang memperjuang untuk mengangkat individu berkenaan jadi PM lebih merit kepada tokoh itu orangnya atau daripada partinya. Sekiranya Harapan itu sebuah parti yang sepakat, meletakkan agenda rakyat lebih utama, tidak timbul siapa layak dan ada keutamaan untuk diangkat jadi PM.

Sebaiknya Harapan berusaha untuk menang dalam pilihan raya, baharu bercakap siapa bakal jadi PM. Kalau kita ada bakal PM terbaik, baik daripada Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim pun ia tidak memberi guna sesen pun kalau dalam pilihan raya Harapan kalah.

Jika tidak kena gaya dan kurang berusaha untuk menyakinkan rakyat Harapan nanti hanya ada calon PM tetapi yang akan menjadi PM akhirnya dari Umno juga, tak lain dan tak bukan Najib Razak.

Jadi kena hentikan polemik menjual calon PM, sebaliknyta Harapan menumpukan kepada mencapai kemenangan dahulu. Trims.



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Warkah Keramat - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template