Headlines News :
Home » » Tiada ahli PKR hantar surat letak jawatan

Tiada ahli PKR hantar surat letak jawatan

Written By Voice Rakyat on Isnin, 22 Mei 2017 | 8:50 PTG

Oleh SALMAH MAT HUSAIN 

KERAJAAN Kelantan sehingga sekarang belum menerima surat 'hitam putih' berkaitan peletakan jawatan sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan dalam kalangan ahli PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih memberi ruang kepada mereka.

"Setakat ini kita tidak terima apa-apa hitam putih termasuk daripada wakil PKR yang sudah mengangkat sumpah di beberapa majlis daerah,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

MDPP menyediakan tiga tempat kepada pemimpin PKR untuk dilantik sebagai ahli majlis. Bagaimanapun mereka tidak hadir mengangkat sumpah hari ini.

Abdul Fattah juga berkata, kerajaan negeri masih bersikap terbuka dan berharap mereka dapat berkhidmat bersama-sama sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Bagi kita selagi tidak ada surat rasmi perletakan jawatan maka pelantikan itu kekal,” ujarnya.
Sehingga sekarang seramai 37 wakil dari PKR dilantik sebagai ahli majlis di seluruh PBT di Kelantan.




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Warkah Keramat - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template