Menurut Que, single tersebut mula dicipta sejak dua tahun lalu sebelum dia sendiri menyiapkan lirik untuk lagu tersebut.

“Sebenarnya saya tak serius pun nak buat lagu dan itu yang memakan masa selama dua tahun dan lirik adalah ciptaan saya dan rakan, Ana pena.
“Saya dengar dan betulkan balik sehinggalah saya mulakan rakaman pada awal tahun ini,” katanya ketika pelancaran single dan koleksi baju melayu The Haidars oleh Qierahman di sini hari ini.

Tambah Que lagi, dia juga pada asalnya tidak bercadang untuk menyanyikan lagu tersebut.
“Pada awalnya saya hendak memilih penyanyi lain seperti Syamel atau Adira untuk menyanyikannya.

“Tetapi keluarga dan rakan-rakan yang memberi semangat untuk saya nyanyikan lagu itu apatah lagi saya penghayatan lagu itu ada pada diri saya,” katanya.

Lagu Kisah Cinta mengisahkan cinta pada Tuhan dan dilema kerinduan seorang anak kepada ibu dan ayah.