Headlines News :
Home » » Puteri Umno ejek Dr Mahathir sokong Anwar

Puteri Umno ejek Dr Mahathir sokong Anwar

Written By Voice Rakyat on Isnin, 22 Mei 2017 | 8:38 PTG

PUTRAJAYA: Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin mengejek sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada petisyen PKR menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan liwat.
Mas Ermieyati berkata tindakan Dr Mahathir menandatangani petisyen “Free Anwar” pada kongres tahunan PKR hujung minggu lalu patut “dipersoalkan”.
Beliau menggesa Dr Mahathir yang keluar Umno untuk menjadi pengerusi PPBM melihat kembali tindakannya semasa beliau memegang jawatan tertinggi.
“Tindakannya Mahathir menyokong Anwar boleh dipersoalkan padahal dia yang bertanggungjawab ‘memenjarakan’ Anwar (pada 1999).
“Mahathir sekarang tidak sama seperti beliau menjadi perdana menteri dulu. Beliau yang memasukkan Anwar ke dalam penjara (selepas bekas Anwar disabitkan dalam kes yang dikenali sebagai Liwat 1).
“Bagaimana kita nak pandang tinggi individu seperti ini? Orang ramai boleh menilai sendiri,” katanya pada sidang media mengumumkan pelancaran Iftar@KL 2017.
Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri kongres itu bersama-sama dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir. PPBM adalah ahli Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.
Semua pemimpin PH pada kongres itu memegang plakad yang tertulis “Anwar PM Ke-7”, kecuali Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
“Mahathir berkata beliau menyokong pembebasan Anwar kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memenjarakan pemimpin PKR itu. Hukuman penjara sebelum ini semasa beliau menjadi perdana menteri adalah ‘cerita lama’,” katanya.
Iftar@KL 2017 yang akan diadakan di Dataran Merdeka adalah penjenamaan semula Festival Ramadan sebelum ini.
Acara itu dijadualkan setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa. Ini termasuk majlis berbuka puasa, pengedaran bubur lambuk dan bacaan Al-Quran.
Perkhidmatan kaunter zakat juga disediakan bersama-sama kaunter makanan untuk golongan gelandangan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Warkah Keramat - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template